Video permohonan maaf Fizi mencecah hampir 3 juta tontonan di laman YouTube

0

Baru-baru ini tular di laman media sosial apabila orang ramai mengkritik kata-kata Fizi dalam siri kartun animasi Upin dan Ipin.

Melalui siri khas Upin dan Ipin sempena Syawal, kata-kata “tiada syurga” buat Upin dan Ipin kerana kembar berkenaan sudah kematian ibu, mencetus kemarahan di kalangan penonton.

Menurut warganet, kata-kata melalui watak Fizi itu boleh menyebabkan pengaruh buruk dalam minda (mindset) buat kanak kanak lain.

Namun pihak Les’ Copaque telah mengambil tindakan pantas di atas keterlanjuran kata dan telah memuatnaik video permohonan maaf dari Fizi sendiri.

“Fizi dah minta maaf. Upin dan Ipin pun dah maafkan Fizi. Harap kawan-kawan semua pun sama-sama maafkan juga ya.
#upinipin #fiziviral #upinipinfizi #fizimintamaaf #mohonmaaf”.

Video permohonan maaf berkenaan kini ditonton hampir 3 juta dalam tempoh 12 jam di laman YouTube Les’ Copaque Channel.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply