Tuesday, May 14, 2024
HomeBERITATun Dr. Mahathir Mohamad cadang bentuk Kerajaan Perpaduan

Tun Dr. Mahathir Mohamad cadang bentuk Kerajaan Perpaduan

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata buat masa sekarang politik dan parti politik perlu diketepikan dan jika dibenarkan beliau akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.

“Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara,” kata beliau.

Tun Dr Mahathir dalam satu perutusan yang disiarkan secara langsung beliau menegaskan hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.

Dalam perutusan terbabit, beliau turut memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dikalangan rakyat secara menyeluruh.

“Seperti umum ketahui, saya telah menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.

“Walaubagaimanapun, saya telah dipanggil mengadap Yang diPertuan Agong kemudiannya, dan setelah berbincang selama lebih satu jam, Tuanku telah bersetuju menerima surat

peletakan jawatan saya dan setelah itu menitah saya supaya menjadi Perdana Menteri Interim.

“Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih,” ujar Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, terdapat juga tuduhan yang menyatakan beliau tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa.

“Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and end all” adalah matlamat saya. Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an end” ataupun satu alat untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah untuk kebaikan negara.

“Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang politik yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang.

“Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih, tambah beliau.

Tun Dr Mahathir juga menyatakan peluang untuk menukar kepimpinan memang ada dan oleh kerana oleh kerana beliau disokong oleh kedua-dua pihak, beliau berpendapat masa untuknya meletak jawatan belum tiba.

“Saya minta diberi masa. Tetapi parti saya BERSATU memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan. Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini

Kerajaan Pakatan Harapan akan gugur.

“Kesannya jika BERSATU sokong PAS dan UMNO maka parti-parti yang kalahlah yang akan diri Kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh UMNO sebagai parti yang terbesar.

“Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain, tetapi UMNO akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO dan ini tidak dapat diterima oleh saya serta terpaksalah saya letak jawatan,” tambah beliau.

Dalam pada itu beliau turut mengakui sebagai manusia biasa beliau tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan memohon maaf jika peletakan jawatan adalah salah.

“Yang diPertuan Agong bertitah supaya saya dilantik sebagai Perdana Menteri sementara. Saya sedar apa juga yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan ditolak oleh ramai, tetapi mungkin ada yang menyokong. Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara.

“Jika diizin inilah yang akan saya cuba dan berdoa serta pohon kepada Allah SWT saya diberi petunjuk dalam usaha ini,” ujar Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perlu kita tahu, seorang pemimpin yang baik tidak pernah melakukan suatu pemaksaan.

Janganlah memaksa orang lain untuk mengikutimu. Cukup mengundangnya saja untuk mengikuti perjalanan itu.

Selebihnya, serahkan pada  pilihan mereka sama ada ingin mengikuti atau sebaliknya. Kebebasan ini akan mendorong pemimpin itu menjadi pemerintah yang baik.

-THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments