“Tun Dr. Mahathir harus tinggalkan saja PH sekiranya puak Anwar Ibrahim masih kurang ajar dan tidak ikhlas” – Khairuddin 

0

Penyelaras Parlimen Jasin, Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan berkata Tun Dr. Mahathir Mohamad harus tinggal saja PH sekiranya keluarga dan para penyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih tidak ikhlas serta kurang ajar.

“Tun Dr. Mahathir Mohamad harus tinggal saja PH sekiranya keluarga dan para penyokong ‘sewel’ Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih tidak ikhlas serta kurang ajar.

“Kalangan bangang ini masih tidak berdiri di alam nyata. Keadaan politik negara jadi begini kerana semua orang tak mahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang ‘berpenyakit’ jadi PM8.

“Tetapi dalam masa yang sama Dato Seri Dr. Wan Azizah, keluarga dan segelintir dari penyokong taksub Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih lagi tidak ‘peka’ dengan perkembangan politik mutakhir negara!!

“Nak kata ‘bodoh’ mereka ini tokoh-tokoh politik yang sudah lama berkecimpung dalam arena politik malaysia!! Tetapi dalam masa yang sama mereka tidak dapat membaca kehendak akar umbi secara tepat”, katanya dalam satu kenyataan medianya kepada The Malaya Post.

Tambahnya, dalam PH sendiri berkehendakkan Tun Dr. Mahathir Mohamad memimpin bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Katanya rakyat sudah menolak Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana semua sudah sedar siapa itu  Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sebenarnya

“Dalam PH semua orang nak Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Rakyat sudah tolak Dato’ Seri Anwar Inrahim kerana semua sudah sedar siapa itu Anwar Ibrahim yang sebenarnya.

“Seandainya puak ‘sewel’ ini masih nak berebut jawatan d saat PH sudah pun tumbang; lebih baik Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar dan tinggalkan saja PH.

“Sama-sama kita tengok sejauh mana rakyat boleh terima Anwar Ibrahim memimpin PH.Tanpa Tun Dr. Mahathir Mohamad PH akan terkubur tanpa batu nesan!! Terimalah hakikat ini”, katanya. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply