Friday, May 10, 2024
HomeBERITATiada unsur khianat, lembu-lembu ternakan mati akibat panah petir

Tiada unsur khianat, lembu-lembu ternakan mati akibat panah petir

Tular di laman media sosial video kematian sekumpulan lembu di Felda Aping Timur, dekat Kota Tinggi.

Menerusi perkongsian video terbabit, pengusaha ternakan lembu, Yusman Md Yousof, 38, mengesyaki kematian lembu ternakannya berpunca dari perbuatan khianat.

Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tanjung Sedili dan Pejabat Veterinar Daerah Kota Tinggi.

Memetik laporan Harian Metro, hasil pemeriksaan dan siasatan pihak Veterinar mendapati bahawa lembu-lembu ini telah dipanah petir ketika berada di ladang sawit sewaktu hujan dan ribut melanda.

Berdasarkan keadaan lembu-lembu ini, kejadian berlaku pada malam 8 Jun lalu.

Dalam pada itu, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Johor, Dr Aida Muhid membuat kesimpulan bahawa kematian lembu-lembu terbabit berpunca dari bencana alam dan TIADA kes keracunan atau sabotaj.

Ini berdasarkan keadaan fizikal pada anggota badan lembu-lembu terbabit antaranya seperti mulut berbuih.

Menurut Yusman, sebanyak 23 daripada 49 ekor lembu ternakannya menjadi mangsa panah petir dan dianggarkan kira-kira RM46,000 kerugian yang ditanggungnya.

Semoga Yusman tabah menghadapi dugaan dan akan digantikan dengan rezeki yang melimpah ruah pada masa akan datang.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments