Sunday, May 12, 2024
HomeBERITATerus menjadi inspirasi ramai, pemuda berbakat tunjuk ‘skill’ lukis potret Raja Permaisuri...

Terus menjadi inspirasi ramai, pemuda berbakat tunjuk ‘skill’ lukis potret Raja Permaisuri Agong

“Cara2 melukis Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah (Realistic Version + details) @cheminahsayang” tulis seorang pemuda di laman Twitter miliknya.

Pemuda yang bernama Izzul Iman Zainal telah memuatnaik video berdurasi 0.59 saat, yang memaparkan langkah-langkah atau tips melukis potret Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang bermula dari melakar wajah, aksesori, tudung dan selempang.

Hasil seni potret berkenaan kelihatan sangat ‘real’  dan tidak seperti sebuah lukisan.

Malah warga Twitter teruja dengan hasil potret dan mengatakan ia seolah-olah seperti gambar yang dicetak.

“Wow. Mcm fotostat atau print gambaq tunku versi hitam putih. Lawa.”

“Lukisan muka dia mcm real..nampak mcm 3D

Well done ????????????????

Video lukisan berkenaan kini telah mencecah 33,600 tontonan, lebih seribu diulangkicau dan 3,000 tanda suka setakat ini.

Dalam pada itu, pemuda berbakat ini turut mempelawa warganet mengikuti perkembangan dan hasil-hasil karya seni di laman Instagram miliknya.

Semoga Izzul akan meneruskan usaha dalam menghasilkan karya seni dan mengembangkan bakatnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah ! Selamat berjaya.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments