Sunday, May 12, 2024
HomeBERITATerengganu benar makan di restoran bermula hari ini

Terengganu benar makan di restoran bermula hari ini

Kerajaan Negeri Terengganu memutuskan memberi kelonggaran membenarkan pelanggan makan (dine-in) di kedai makan, restoran, atau warung bermula hari ini.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam sidang media sebentar tadi berkata, waktu operasi yang ditetapkan bermula jam 7.00 pagi sehingga 10.00 malam sahaja.

Selaras dengan kelonggaran ini, beliau turut mengingatkan khususnya kepada pengusaha kedai agar mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya, penjarakan sosial, menjaga kebersihan kedai dengan menyahkuman atau disinfeksi peralatan kedai serta menghadkan bilangan pelanggan yang datang dalam satu-satu masa.

Beliau menambah kerjasama kedua-dua pihak di antara pengusaha kedai dan para pengunjung amat penting bagi mengelakkan timbulnya kluster baharu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa kerajaan juga bersetuju klinik swasta, farmasi dan pasaraya beroperasi mengikut lesen dan permit masing-masing.

Seterusnya, bagi kedai-kedai telco seperti kedai menjual telefon, servis membaiki serta untuk membayar bil dan sebagainya akan dibenarkan dibuka sehingga jam 8.00 malam seperti mana dipesetujui oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Walau bagaimanapun, buat masa ini perkhidmatan gunting rambut masih lagi tidak dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Berbicara lanjut, beliau menyatakan kerajaan juga kini sedang meneliti SOP yang sesuai untuk membenarkan pelaksanaan aktiviti perniagaan di pasar malam dan pasar minggu dengan normal baharu.

[Siaran Langsung]Sidang Media : Oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, YB Dr Alias Razak berhubung kebenaran operasi perniagaan dan makan di kedai makanatau restoran semasa PKPB. 31 Mei 2020.Wisma Darul Iman.

Dikirim oleh Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada Sabtu, 30 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments