Sunday, May 12, 2024
HomeBERITASektor sukan dan rekreasi fasa kedua mula beroperasi 15 Jun

Sektor sukan dan rekreasi fasa kedua mula beroperasi 15 Jun

Mesyuarat khas pagi tadi memutuskan pembukaan sektor sukan dan rekreasi fasa kedua akan mula beroperasi bermula 15 Jun ini.

Antara sektor sukan dan aktiviti riadah yang dibenarkan adalah pembukaan semula gimnasium, dewan tertutup seperti dewan badminton, kompleks sukan pelbagai, pusat snuker serta mana-mana pusat sukan yang berkaitan.

Walau bagaimanapun, sebelum dibenarkan untuk beroperasi setiap pengurus kompleks atau pusat sukan perlu mengisi borang notifikasi pembukaan terlebih dahulu melalui laman web MITI bermula hari ini (8 Jun).

Selain itu, kerajaan turut memberi kebenaran kepada orang awam untuk melakukan aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak ada sentuhan badan di dalam atau luar dewan.

Antaranya termasuklah sukan individu iaitu badminton, olahraga, angkat berat dan sukan permotoran dua dan empat roda.

Begitu juga dengan sukan ekstrem yang melibatkan aktiviti payung terjun, papan luncur, paramotor dan sukan rekreasi seperti senamrobik serta yoga.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments