Tuesday, May 14, 2024
HomeBERITARutin mudah penjagaan kulit wajah untuk si jejaka

Rutin mudah penjagaan kulit wajah untuk si jejaka

Bagi kaum lelaki, penjagaan harian kulit wajah tidak boleh dipandang ringan.

Ini penting dalam usaha mengelak kulit dari menjadi kotor dan kering yang kemudiannya boleh mengundang masalah serius.

Jika anda seorang yang simple dan hanya mahukan rutin penjagaan kulit yang cepat dan mudah, jom kami kongsikan tiga tips ringkas buat si jejaka.

1. Cuci muka dua kali sehari.

Cari pembersih yang bersifat lembut serta bebas alkohol. Sesekali scrub wajah anda.

2. Gunakan penyegar atau toner.

Penyegar bertujuan mengetat dan mengecutkan kembali liang- liang pori wajah. Ini dapat memperlambatkan pori-pori dari tersumbat.

3. Sapu pelembab yang mengandungi SPF.

Ia sememangnya penting kerana dapat melembabkan wajah, melindungi sinaran uv dan mengelak wajah dari kekeringan.

Nah! Ini saja cara paling asas yang perlu anda ikuti.

Buat tambahan, jaga pemakanan, elak makanan berminyak dan lebihkan buah-buahan serta sayuran.

Kurangkan merokok kerana ia bukan saja tidak baik untuk kesihatan, malah memberi kesan kusam kepada kulit anda.

Penampilan mencerminkan keperibadian anda.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments