Friday, May 10, 2024
HomeBERITARindukan kedua ibu bapa, Azar Azmi kongsi video wajah arwah orang tuanya

Rindukan kedua ibu bapa, Azar Azmi kongsi video wajah arwah orang tuanya

Siapa sangka di sebalik keceriaan pelakon yang semakin meningkat naik, Azar Azmi menyimpan duka kerana merindui kedua ibu bapanya yang telah pulang ke rahmatullah.

Memetik perkongsian dari laman Instagramnya, Azar memuat naik video pendek yang memaparkan dirinya bersama arwah ibu dan bapanya.

Menurutnya, dia tidak mahu membuat perkongsian berkenaan namun tidak mampu menahannya kerana terlalu rindukan ibundan ayahnya.

“Saya rindu hendak menyentuh pipi ibu dan ayah dan juga mencium dahi, saya rindu nak bersalam dengan ibu dan ayah. Saya ada banyak perkara yang saya mahu kongsikan bersama ibu dan ayah. Ada banyak perkara baik dan buruk tetapi malangnya tiada lagi peluang untuk saya.. Ibu dan ayah sekarang berada di tempat yang baik,” kongsi Azar.

“Saya harap saya boleh bercakap kepada kamu berdua seperti dulu, saya harap saya boleh sakat ibu dan ayah seperti kebiasaan, saya harap saya boleh menelefon kamu pada jam 3.00 atau 4.00 pagi semata-mata untuk mendengar suara kalian berdua.

“Saya harap kita boleh keluar minum kopi bersama-sama seperti selalu, saya harap saya boleh bawa kamu berdua keluar jalan-jalan makan seperti selalu. Saya rindu bila ibu dan ayah telefon hanya untuk bertanya tengah buat apa tu? Dah makan? Saya rindu bila saya ucap I LOVE YOU, ibu dan ayah akan membalas I LOVE YOU TOO dalam cara tersendiri😢 saya rindukan kesemua tentang kamu berdua.

View this post on Instagram

Im Not supposedly to post this out but im so sorry because i cant hold it anymore. How i miss them… I miss to touch pipi ibu and ayah, to kiss them on cheak and forehead. I miss to salam ibu and ayah. Ive a lot of things that i want to share with you ibu ayah. There’s a lot of things good and bad but badly there’s no more a chance for me… you’re in a good place. I wish i can talk to you like we used to… I wish i can sakat ibu and ayah like we used to… I wish i can can give a call 3 4 in the morning just to hear your voice. I wish we can go coffee again like we used to… i wish i can bring both of you jalan-jalan makan like we used to… I miss when ibu and ayah call me just to say tengah buat apa tu? Dah makan? I miss when i say I LOVE YOU and ibu ayah reply I LOVE YOU TOO in their own way 😢 i miss everything bout you. Always ada dengan kak lang till their last breath still nasihatkan anak-anak semua. I MISS YOU. I MISS YOU SO MUCH. I have to be strong. I need to be strong. I wanted to be strong. I can do it. I know i can.. . For those yang ada ibu ayah. Please appreciate them. Spend time with them. Make your parents happy. Make them proud of you. Give them happiness. Give them smile. Give them your hand. Give them anything you have. Listen to me. Just do it. Always give them a call. One day, you’ll understand WHY… #janganputusdoa . Alfatihah Azmi bin Meri Arbaayah bt Aminah

A post shared by ABOS (@azarazmi) on

Dalam pada itu, Azar sempat menitipkan nasihat kepada para pengikutnya yang masih mempunyai ibu dan bapa supaya menghargai dan meluangkan masa bersama mereka.

” Give them anything you have. Listen to me. Just do it. Always give them a call. One day, you’ll understand WHY,” ujar Azar mengakhiri perkongsiannya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments