Thursday, May 16, 2024
HomeBERITAPunca dan tips elak bayi alami SIDS

Punca dan tips elak bayi alami SIDS

Pernahkah anda mendengar istilah Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)?

SIDS merupakan kematian mendadak yang berlaku pada kanak-kanak yang berumur kurang daripada satu tahun.

Punca kematian masih tidak dapat dijelaskan walaupun siasatan bedah siasat dilakukan menyeluruh di tempat kejadian.

Kira-kira 90 peratus kes berlaku sebelum usia enam bulan dengan yang paling kerap antara dua dan empat bulan.

Kajian menunjukkan 69 peratus kes SIDS berlaku di tempat tidur dan bayi lelaki lebih berisiko mengalaminya berbanding bayi perempuan.

Melalui pelbagai kajian serta semakan rekod bayi yang mengalami SIDS didapati ia cenderung berlaku kepada bayi yang ;

✔️ Tidur posisi meniarap (prone)

✔️ Tidur atas permukaan lembut atau dengan bantal, selimut, atau mainan di atas katil

✔️ Tidur di atas katil atau sofa bersama orang dewasa atau bersama kanak-kanak lain (amalan ini tidak digalakkan)

✔ Memakai pakaian terlalu banyak lapis ketika tidur

✔ Ibu bapa yang merokok atau persekitaran tercemar dengan asap rokok dan vape

Utamakan keselamatan bayi anda, amalkan tips pencegahan SIDS ditempat tidur, antaranya :

1) Gunakan tilam yang rata dengan cadar yang ketat

2) Pastikan persekitaran tidak terlalu panas

3) Bayi tidak seharusnya tidur di dalam buaian dan kerusi kenderaan

4) Pastikan tidur tidak memakai penutup kepala atau topi

5) Pastikan bayi tidur dalam keadaan terlentang

90% SIDS berlaku pada usia kurang daripada 6 bulan.Puncanya tidak diketahui, namun melalui pelbagai kajian serta…

Posted by Public Health Malaysia on Sunday, 14 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments