Lima individu sebar berita palsu akan didakwa

0

Lima individu telah disiasat dan diambil keterangan oleh Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis atas tuduhan menyebar berita palsu berkaitan COVID-19.

Lima individu yang dikenalpasti di beberapa lokasi di Pulau Pinang dan Perak merupakan tambahan kepada enam individu yang sudah didakwa kes yang sama sebelum ini.

SIARAN AKHBAR:LIMA SUSPEK DISIASAT TULAR BERITA PALSU COVID-19#BeritaPalsu#MCMC#PDRM#Sebenarnyamy#TidakPastiJanganKongsi

Dikirim oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada Senin, 23 Maret 2020

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, berita palsu yang disebarkan itu telah mengelirukan serta menimbulkan suasana ketidaktenteraman dalam kalangan rakyat.

“Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang boleh disabitkan kesalahan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara atau kedua-duanya.

“SKMM dan polis akan terus berganding bahu melalui Jawatankuasa Jenayah Siber untuk menangani penyebaran berita palsu secara berterusan terutamanya mengenai COVID-19,” katanya.

ππ„π‘πˆπ“π€ 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 – πŸ“ πˆππƒπˆπ•πˆπƒπ” π‹π€π†πˆ πƒπˆπ’πˆπ€π’π€π“Lima lagi individu disiasat dan sudah diambil keterangan oleh Suruhajaya…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Selasa, 24 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply