Saturday, May 11, 2024
HomeBERITALakukan aktiviti pencegahan ‘denggi’ sebelum sesi persekolahan bermula

Lakukan aktiviti pencegahan ‘denggi’ sebelum sesi persekolahan bermula

Susulan sesi persekolahan yang akan dibuka khusus pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan enam serta penularan surat panggilan guru untuk kembali bertugas selepas tamat cuti pertengahan tahun, Pro Health Medics (PHM) memberi peringatan penting dan panduan buat semua warga sekolah yang akan kembali bertugas nanti.

Disebabkan sekolah ditutup hampir tiga bulan, keadaan persekitaran sekolah berisiko terdedah kepada pembiakan nyamuk aedes yang mungkin akan mengancam kesihatan para pelajar, guru-guru mahupun tenaga kerja sekolah.

Ketika ini, dilaporkan laman web ‘idengue’ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) banyak merekodkan kes-kes denggi yang berlaku berhampiran sekolah.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Public Health Malaysia, berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah bagi mengekang penyakit berbahaya ini, antaranya :

1. Keadaan air bertakung terutamanya di dalam tangki dan lubang tandas adalah tempat kesukaan nyamuk aedes membiak. Pam atau flush tandas guru dan murid.

2. Keadaan persekitaran di luar bangunan juga perlu dititikberatkan dengan melakukan pemusnahan tempat yang berpotensi untuk jentik-jentik hidup. Gotong royong boleh dilakukan dengan syarat ‘norma baharu’ dipraktikkan.

Selain dari pencegahan COVID-19, adalah penting agar kita dapat juga melakukan aktiviti pencegahan denggi dan menyediakan tahap keselamatan serta persekitaran yang baik sebelum warga kerja sekolah dan para pelajar kembali ke sekolah.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Susulan tular surat sahih yang menyatakan panggilan guru untuk kembali bertugas selepas tamat cuti pertengahan tahun,…

Posted by Public Health Malaysia on Thursday, 4 June 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments