Monday, May 13, 2024
HomeBERITAKPDNHEP pantau premis perniagaan, 101 diberi nasihat, lima diberi amaran kerana ingkar...

KPDNHEP pantau premis perniagaan, 101 diberi nasihat, lima diberi amaran kerana ingkar SOP PKPB

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 25 jenis bekalan barangan di 886 premis perniagaan.

Jumlah pemantauan merangkumi 674 peruncit, 178 pemborong dan 34 pengilang.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata secara keseluruhan pemantauan yang dibuat, KPDNHEP memaklumkan bekalan barangan keperluan yang ada kini mencukupi serta mampu untuk menampung keperluan di seluruh negara secara berterusan dan mudah diperolehi.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) juga telah membuat pemantauan diperingkat pengeluar makanan dan melaporkan bahawa bekalan makanan di peringkat pengeluar juga adalah mencukupi dan mudah diperolehi.

Oleh itu orang ramai tidak perlu gusar atau bimbang kerana bekalan makanan mencukupi mengikut keperluan

Kelmarin, pegawai penguatkuasa KPDNHEP juga telah melakukan sebanyak 1,561 pemeriksaan khas berkaitan dengan Pematuhan SOP PKPB.

Hasil daripada pemeriksaan terbabit, pegawai KPDNHEP mendapati 1,455 premis mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Namun sebanyak 101 premis telah diberi nasihat dan lima premis lagi diberi amaran atas ketidakpatuhan SOP.

Pihak kerajaan turut menggesa para pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan penjarakan sosial serta kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian dan elak membawa anak-anak kecil dan warga emas semasa keluar membeli.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments