Wednesday, May 8, 2024
HomeBERITAKompaun dikenakan bagi mereka yang cuba merentas sempadan negeri

Kompaun dikenakan bagi mereka yang cuba merentas sempadan negeri

Mengambil kira peningkatan kes baharu COVID-19 di kawasan hijau kelmarin, mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memutuskan pergerakan merentas negeri tidak lagi dibenarkan sama sekali.

Justeru Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan orang ramai agar tidak perlu bersesak di mana-mana balai polis untuk memohon permohonan pulang ke kampung.

Sehubungan itu, kira-kira 1,300 orang beratur di balai polis IPD Kuantan semalam dan pihak polis membuat keputusan tidak lagi membuka ruang kebenaran untuk merentas negeri.

Malah mulai hari ini, kerajaan telah bersetuju mengenakan kompaun kepada individu yang ditahan di sekatan jalan raya yang cuba merentas negeri.

Dato’ Seri Ismail Sabri berkata mereka yang mahu merentasi sempadan negeri bukan sahaja diminta berpatah balik tetapi hukuman kompaun juga akan dikenakan.

Manakala, individu yang telah berjaya pulang ke kampung tanpa kebenaran juga tidak akan terlepas dikenakan tindakan undang-undang dan pihak polis akan membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah.

PKPB : MULAI HARI INI KENDERAAN YANG CUBA RENTAS NEGERI AKAN TERUS DIKENAKAN KOMPAUN SEBELUM DIARAH BERPATAH…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Kamis, 21 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments