Sunday, May 12, 2024
HomeBERITAKes Covid-19 menurun, catat 13,754 kes hari ini

Kes Covid-19 menurun, catat 13,754 kes hari ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di Twitter, berkata penurunan kes di negara ini seperti yang dijangkakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Alhamdulillah seperti yang dijangkakan trend penurunan kes harian mula diperhatikan sejak kebelakangan ini,” katanya.

Mengulas mengenai kes baharu hari ini, Dr Noor Hisham berkata Selangor menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian dengan 1,985 kes, diikuti Johor (1,913), Sarawak (1,766), Sabah (1,629), Kelantan (1,264) dan Pulau Pinang (1,052).

Selain itu, Pahang dengan 869 kes, Perak (844), Kedah (783), Terengganu (664), Kuala Lumpur (383), Melaka (292), Negeri Sembilan (175), Perlis (113), Putrajaya (14) dan Labuan (8).–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments