Friday, May 17, 2024
HomeBERITAJenis makanan yang sesuai bagi penderita GERD

Jenis makanan yang sesuai bagi penderita GERD

Pernahkah anda berasa gelisah, tekak terasa penuh dan sukar nak telan, perut terasa panas, sentiasa bersendawa dan angin sehingga menyukarkan anda untuk tidur?

Jika ada, anda perlu tahu ini adalah gejala biasa bagi GERD.

GERD merupakan salah satu kesan reflex pada asid perut dan kebiasaannya gejala ini akan menyerang individu yang bertubuh berisi dan mengandung.

Selain daripada itu, bagi individu yang selalu mengamalkan makan lewat malam juga akan mengalami gejala berkenaan.

Bagi yang sudah biasa mengalaminya, pastinya ubat gastrik reflux sudah sedia ada di dalam peti ais sebagai langkah persediaan bukan?

Namun bagi yang tidak tahu dan tidak mempunyai sebarang stok ubat sendiri, disini kami kongsikan bagaimana cara untuk mencegah dan mengatasi gejala berkenaan.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Public Health Malaysia, perkara utama yang perlu dilakukan bagi mencegah dan mengatasinya adalah dengan mengubah diet anda.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2687981461491709&id=1712327752390423&sfnsn=mo

Beberapa jenis makanan yang membantu dalam mengatasi masalah GERD anda dan boleh menjadikannya sebagai rutin pemakanan anda selepas ini.

1. Dada Ayam – kalau boleh panggang

2. Air Putih – air gula tak bagus untuk GERD

3. Teh Halia – Dinasihatkan mengelakkan dari minum kopi dan teh kerana ianya mempunyai banyak kafein dan kafein tidak bagus untuk GERD

4. Tembikai – buah yang kurang berasid.
Anda dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang buah oren kerana buah oren mempunyai asid buah.

5. Nasi Perang – nasi yang lebih lama untuk dicerna dan bagus untuk GERD.

6. Oat – sarapan yang bagus. Perut akan terasa penuh dan tahan lebih lama

7. Kentang – panggang atau bakar.
Jangan goreng dengan bawang tau kerana boleh menyebabkan gastrik yang lebih teruk.

8. Minyak Zaitun – Makanan berminyak akan buat GERD semakin teruk tetapi kalau nak yang lebih lembut, cuba masak menggunakan minyak zaitun

9. Sayur Salad – ianya sangat baik untuk GERD kerana ianya kurang angin.

10. Sayur Adas – Boleh melegakan sakit GERD sebab kurang berasid.

Semoga apa yang kami senaraikan membantu anda dalam menangani masalah GERD.

Namun jika ianya masih tidak membantu, anda mungkin memerlukan bantuan daripada doktor. ☺️

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments