Monday, May 13, 2024
HomeBERITAGelagat lucu tetamu cuba membuka penutup balang biskut raya buat netizen pecah...

Gelagat lucu tetamu cuba membuka penutup balang biskut raya buat netizen pecah perut

Menyambut lebaran dalam tempoh kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengikut SOP yang ditetapkan pihak berkuasa mengundang rasa serba salah untuk menerima kunjungan kenalan dan sanak saudara.

Dalam pada kita berusaha mematuhi arahan kerajaan, tidak mudah juga bagi kita untuk menolak kunjungan tetamu.

Asal tidak melebihi dua puluh individu pada satu-satu masa, mahu tidak mahu perlulah menerima dan menjamu mereka. Janganlah buat muka pula ya.

Tular di platform media sosial, video memperlihatkan seorang tetamu sedang berusaha sedaya upaya untuk membuka penutup balang kuih raya yang terhidang.

Memang lucu melihat gerak gerinya terkial- kial membuka penutup balang yang kelihatannya sangat ketat seperti digam!

Eh! Kalau ya pun kurang senang dengan kehadiran tetamu semasa PKPB ini, janganlah di’seal’ pula balang biskut raya tu.

Macam dilarang makan saja ????

Kesian cik abang, kempunan biskut raya jiran!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3121657341227824&id=100001507659107

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments