Friday, May 10, 2024
HomeBERITAEtnik Banjar di Perak

Etnik Banjar di Perak

Banjar, atau dikenali sebagai Melayu Baru merupakan pecahan daripada masyakarat Kalimantan yang mula bertapak di Tanah Malaya seawall 1911 dan dikenali sebagai seorang perintis pertanian dan pahlawan negeri.

Perak merupakan penempatan taburan suku Banjar terbesar di Malaysia dengan 34 daripadanya berada di negeri ini.

Malah, 90 peratus masyarakat Banjar ada di Bagan Serai.

Masyarakat banjar juga terkenal dengan pelbagai makanan dan manisan yang menjadi juadah kepada masyarakat ini sejak dahulu hinggalah sekarang.

Antara makanan tersebut adalah wadai kepeng. Wadai kepeng ini pada masa dahulu disediakan selepas selesai menanam padi ataupun di sebarang majlis doa kesyukuran atau doa selamat.

Bagi masyarakat Banjar, budaya berendoi mereka unik sekali.

Jika dilihat, kedudukan bayi seperti tidak selesa dan jika salah faham boleh ditafsirkan seperti mahu menjerut bayi.

Sebenarnya, budaya yang dinamakan ‘bapukung’ bukan sekadar untuk majlis cukur jambul tetapi dipraktikkan sejak dahulu sehingga ke hari ini.

Bapukung diambil dari kata ‘pukung’, yang bermaksud posisi duduk dan leher diikat dengan kaki diatur seperti posisi bayi ketika berada dalam kandungan.

Oleh kerana itu, sedikit berbeza apabila melihat budaya ini kerana kedudukan bayi bukan dibaringkan dalam buaian tetapi diletak seperti sedang duduk dan seterusnya ada ikatan sehelai kain batik lain yang menjerut badannya di bahagian atas.

Walaupun keadaan bayi kelihatan kurang selesa, namun sebenarnya kedudukan sebegini menyebabkan bayi berkenaan merasa selesa seperti badannya sedang didakap erat.

Budaya bapukung sebenarnya satu kaedah popular bertujuan memberi rasa selesa seolah-olah berada dalam dakapan membolehkan bayi tidur lebih lama tanpa rasa terganggu.

Mengikut sejarah, etnik Banjar telah menerapkan cara menidurkan bayi bapukung sebagaimana diajari oleh nenek moyang mereka pada ribuan tahun yang lalu.–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments