Friday, May 10, 2024
HomeBERITADidik anak secara adil

Didik anak secara adil

Anak merupakan anugerah terindah dan kurniaan yang tidak ternilai daripada yang Maha Esa.

Setiap anak yang dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, justeru peranan ibu bapa amatlah besar dalam mendidik dan mengasuh anak-anak dengan baik.

Beri perhatian dan kasih sayang yang adil kepada semua anak tanpa membezakan layanan terhadap anak lelaki mahupun perempuan.

Sebagai ibu bapa, didiklah anak-anak mengikut acuan dan panduan Islam agar mereka menjadi insan bertakwa dan berguna kepada agama, bangsa serta negara.

Anak adalah amanat Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mencorak mereka menjadi insan berguna , bukan dijadikan tempat melepaskan perasaan amarah serta mendera secara fizikal dan mental.

Sesungguhnya anak adalah anugerah Allah yang cukup berharga serta penawar kepada ibu bapa terutamanya apabila di usia emas kelak.

Jagalah anak sebaiknya agar mereka boleh berbakti kepada kedua ibu bapa kelak dan terus menyayangi disamping sentiasa bersyukur dengan kehadiran anak di dalam keluarga.

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak anak mereka, namun ada beberapa perkara yang dilakukan tanpa disedari…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Jumat, 29 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments