Friday, May 10, 2024
HomeBERITADialek Bota dialek ‘pior’ Perak

Dialek Bota dialek ‘pior’ Perak

Negeri Perak bukan sahaja kaya dengan hasil bumi dan khazanah lama, malah negeri kedua terbesar dalam Semenanjung Malaysia ini juga unik dari segi bahasa dialeknya.

Difahamkan, negeri Perak mempunyai lima jenis dialek yang utama iaitu dialek Utara, Patani, Lembah Sungai Perak, Kepulauan Indonesia dan Selatan Semenanjung.

Sebagai sebuah negeri yang bersempadan dengan negeri lain, negeri ini juga tidak ‘lari’ daripada menerima pengaruh loghat lain.

Misalnya penduduk Perak di bahagian utara (Kerian dan Larut Matang) seperti Bagan Serai, Taiping dan Parit Buntar sehingga Pantai Remis lebih terpengaruh dengan dialek Kedah.

Menurut sejarah, sebahagian besar penduduk di kawasan berasal dari Kedah yang berhijrah akibat ancaman Siam pada tahun 1821.

Bercakap soal dialek percakapan seharian penduduk setempat, kami amat tertarik untuk mempelajari asas dialek Bota yang melibatkan lokasi Kuala Kangsar, Sayong, Karai, Bota, Parit, Lambor Kg Gajah dan Tg. Blanja.

Salah satu kampung yang bercakap dalam dialek Bota adalah Kampung Air Mati, dalam daerah Perak Tengah.

Dialek Bota atau orang Perak panggil ‘Bote’ adalah loghat ‘pior’ negeri Perak Darul Ridzuan.

Dikatakan dialek Bota atau dipanggil bahasa ‘Lambor’ adalah dialek asal negeri Perak dan disinilah tempatnya.

Kali ini, kami bercerita serba sedikit asas dialek asli orang Perak di Kampung Air Mati, Bota Kanan.

Moh ikut kami belajar secara santai dialek pior Perak ini bersama seorang penduduk Kampung Air Mati, Tarmezi Husairi, 58 tahun dan isteri, Zabidah Abdul Samad, 56 tahun.

Bekas pesara tentera yang mesra disapa Pak Tan ini adalah anak jati Kampung Air Mati.

Dah namanya anak jati Kampung Air Mati, sudah pasti loghat sehariannya, loghat pior Perak. Yer dak?

Bercerita lanjut, menurut Pak Tan penduduk setempat disini menggunakan dialek ‘Bote’ sebagai pertuturan seharian namun terdapat banyak loghat di negeri ini dan berbeza sebutannya mengikut daerah-daerah.

Penggunaan dialek ‘Bote’ turut digunakan dalam majlis-majlis peminangan, kenduri dan sebagainya. Secara tak langsung, kami berdua pun boleh belajar loghat asal Perak ini.

Disini, loghatnya agak berbeza iaitu hujung perkataan diubah kepada bunyi dengan kaedah sebutan  ‘e’-pepet’. Sebagai contohnya perkataan ‘tiga’ disebut ‘tige’ dan penggunaan bahasa Melayu klasik seperti ‘ate’ yang membawa maksud ‘hatta’. 

Contoh perkataan lain,antaranya ;

•Acekeme – macamana kalau

•Ater – habis tu

•Aser – bila

•Ayo – air

•Ajer ngan yer –  betul sangat dah tu

•Awok – saya

•Bedaghoh – berdarah

•Bengkin – garang

•Berda’ah – bohong/menipu/kelentong

•Berdano – kotor sangat

•Mahal – mahe

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments