Sunday, May 12, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 35 pulih, lapan kes baharu, satu kematian

COVID-19 : 35 pulih, lapan kes baharu, satu kematian

Perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia pada hari ini (14 Jun), menunjukkan jumlah kes baru positif adalah seramai lapan orang melibatkan dua kes import dan enam kes tempatan.

Bagi enam kes tempatan, empat kes melibatkan individu bukan warganegara dan hanya dua kes melibatkan warganegara Malaysia.

Kesemua empat kes dalam negara yang melibatkan individu bukan warganegara adalah daripada kluster tapak binaan Kuala Lumpur (2) dan keempat-empat individu ini adalah warga Bangladesh.

Perincian kes penularan wabak COVID-19 dalam negara dikalangan warganegara iaitu dua kes adalah :

Satu kes adalah dari kes saringan klinikal kes influenza light illnes di Bintulu Sarawak iaitu melibatkan seorang pelajar politeknik.

Yang kedua adalah dari kes saringan pusat jagaan warga emas di Melaka Tengah.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8, 453 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 35 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 7,346 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 986 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai empat orang dan dimaklumkan tiada individu yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat satu lagi penambahan kes kematian baharu yang dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini bertambah kepada 121 kes.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Sunday, 14 June 2020

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments