Wednesday, May 8, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 2,154 kes baharu, lima kematian direkodkan hari ini

COVID-19 : 2,154 kes baharu, lima kematian direkodkan hari ini

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 2,154 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 310,097 kes.

Catatan baharu hari ini membabitkan 2,149 kes tempatan dan lima kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 3,275 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 286,904 kes (92.52%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 22,034 orang (7.11%) manakala 184 pesakit berada di ICU dan 87 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Lima kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,159 kes (0.37%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments