Tuesday, May 14, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 20 pulih, 7 kes baharu

COVID-19 : 20 pulih, 7 kes baharu

Perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia, direkodkan tujuh kes baharu melibatkan dua kes import dan lima kes tempatan.

Bagi kes tempatan, dua kes dari Sabah, dua kes dari Selangor manakala satu kes lagi dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,329 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 20 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 6, 694 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 1, 518 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai 6 orang dan daripada jumlah tersebut 1 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal kepada 117 kes.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, 8 June 2020

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments