Bukan burung saja yang takut, kita tengok pun seram!

0

Berjasa kepada tanah tidak akan rugi.
Malahan, berkat usaha dan kesabaran yang tinggi akan membuahkan hasil lumayan.

Dalam usaha memaksimumkan hasil pertanian yang subur dan segar, para petani harus memikirkan cara bagaimana untuk mengelak dari dikunjungi ‘tetamu yang tidak diundang’.

Kehadiran burung-burung yang sedang kelaparan mencari makanan pasti akan merosakkan tanaman.

Menerusi perkongsian video di laman media sosial, menunjukkan sebuah patung yang juga dipanggil ‘orang orang’ telah dipacakkan di tengah-tengah kawasan pertanian.

Ianya bertujuan untuk menakutkan burung-burung bertandang ke kawasan berkenaan dan merosakkan tanaman.

‘Orang-orang’ ini menyerupai lelaki berwajah putih pucat memakai shawl dan baju hitam sedang menaiki dan memegang basikal.

Jika ditiup angin, β€˜orang-orang’ yang hanya mempunyai bahagian kepala hingga paras pinggang sahaja akan kelihatan seperti sedang terbang melayang bersama basikalnya.

Hmmm… bukan burung saja yang takut, kita pun terasa sesuatu! πŸ˜…

Tambahan pula pada waktu senja atau malam, mau kecut perut dibuatnya!

Seram sangat ni pak tani! πŸ‘»πŸ™ˆπŸ˜…

Kreatif sungguh siapa yang buat ni 😁. ————————————Tapi, Ni kalau pada waktu malam bukan monyet jek lari, orang yang nak mencuri pun tak jadi nak curi. πŸ˜…

Dikirim oleh Pusat Rawatan Islam Terapi bil Quran, Malaysia pada Selasa, 26 Mei 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply