Monday, May 20, 2024
HomeBERITABerkolaborasi bersama Man Kidal , “Sembah” buah tangan terbaru Naim Daniel untuk...

Berkolaborasi bersama Man Kidal , “Sembah” buah tangan terbaru Naim Daniel untuk peminat

Kehangatan pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 masih lagi terasa dimana lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel telah diumumkan sebagai pemenang.

Meskipun sudah diangkat sebagai juara di pentas besar AJL ke-34, namun penyanyi dan pelakon berbakat ini tidak hanya berpeluk tubuh dengan kemenangan, serta perjuangannya dalam seni hiburan tidak terhenti disitu sahaja.

Nampaknya Naim Daniel terus mara melangkah ke hadapan dengan mengumumkan akan mengeluarkan lagunya yang terbaru berjudul ‘Sembah’.

Pengumuman ini disampaikan sendiri oleh penyanyi berkenaan di laman Instagram miliknya sekaligus menggembirakan para peminatnya yang sudah pasti menantikan ‘buah tangan’ baru dari Naim Daniel!

“HADIAH UNTUK ANDA SEMUA ! LAGU BARU SAYA BERTAJUK “ SEMBAH FT @man.keedal“ JAM 12 MALAM INI !
DI SEMUA DIGITAL PLATFORM !” tulis Naim.

Di samping itu Naim Daniel turut menulis tanda pagar atau hashtag untuk lagu terbaru iaitu, #sembahxnaim.

Dikhabarkan, menerusi lagu Sembah Naim Daniel akan berkolaborasi bersama gitaris tersohor negara, Man Kidal.

Sudah tentu lagu terbaru Naim Daniel mempunyai kelainan dan keunikan tersendiri.

Lagu Sembah boleh didengar di semua platfom digital muzik seperti Joox, Itunes dan banyak lagi.

http://www.joox.com/common_redirect.html?page=playsong&songid=y32KsU1QKah3imOCvepsrg==&appshare=android&area=my&lang=en&ksongid=0

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments