7 tips pilih udang segar!

0

Anda penggemar udang?
Tidak kira saiz kecil, besar atau lobster, masaklah apa saja jenis masakan, keenakan dan kemanisan udang pasti menggamit selera.

Namun, tidak semua udang yang dijual di pasaran masih elok kondisinya.

Menerusi platform media sosial Facebook @Public Health Malaysia, ada perkongsian cara-cara memilih udang segar dan bersih.

1. Pastikan keseluruhan anggota masih ‘intact’ dan tidak terlerai atau tertanggal.

2. Mata udang dalam keadaan terjojol keluar.

3. Perhatikan kulit kepala udang masih berkilat.

4. Pastikan kulit udang masih lembab dan bukannya kering. Juga perhatikan kulitnya tidak retak.

5. Tiada tanda lebam dan kehitaman terutamanya di bahagian kepala. Itu tandanya udang telah rosak.

6. Elakkan udang yang berlendir.

7. Pastikan udang tidak berbau busuk dan hanyir. Ia petanda bahawa udang itu tidak segar lagi.

Pasti ada sedikit perbezaan antara udang segar atau sebaliknya. Jangan kedekut dan pilihlah makanan yang berkualiti demi kesihatan anak-anak dan keluarga tercinta.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Tips untuk suami suami jika isteri memesan untuk beli udang segar. Jangan bawa pulang udang yang telah rosak, kehitaman dan berlendir

Posted by Public Health Malaysia on Wednesday, 10 June 2020

Leave a Reply