5 tips mudah menjaga kesihatan dan kecantikan kuku

0

Sudah menjadi fitrah bagi seorang wanita suka berhias cantik ibaratnya wanita dan kecantikan berpisah tiada.

Bukan sahaja menitikberatkan kecantikan wajah, malah penjagaan kuku juga menjadi keutamaan para wanita.

Bukan sekadar menggunakan produk penjagaan kuku, kami kongsikan beberapa panduan mudah menjaga kuku anda.

1) Jangan salah gunakan kuku

Untuk mencegah kerosakan, jangan gunakan kuku sebagai alat untuk mencungkil, menebuk, atau mengumpil sesuatu.

2) Jangan gigit kuku

Perbuatan ini boleh merosakkan isi kuku bahkan torehan yang kecil pada hujung kuku akan membenarkan bakteria atau kulat masuk dan mengakibatkan jangkitan. Oleh sebab itu, pertumbuhan kuku menjadi perlahan kerana kuku yang cedera meninggalkan kesan yang lama sehingga beberapa bulan.

3) Lindungi kuku anda

Pakai sarung tangan yang selamat apabila menggunakan air sabun serta bahan kimia dalam jangka masa yang lama.

4) Jangan biarkan kuku panjang

Rapikan kuku dan bersihkan bahagian di bawah kuku selalu. Gunakan pengetip kuku yang tajam dan pengikir yang sesuai untuk melicinkan kuku. Jangan sesekali menarik kuku yang separa terpotong kerana boleh menyebabkan kulit terkoyak.

5) Lembapkan kuku selalu

Kuku juga perlu dilembapkan seperti kulit, justeru sapu petroleum jelly pada kuku dengan kerap. Selain itu, sapukan juga di sekeliling kulit kuku agar kulit dan kuku sentiasa dalam keadaan lembap. Boleh juga digantikan dengan Olive Oil atau minyak kastor.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply