Zed Zaidi kekal Presiden SENIMAN

0

KUALA LUMPUR : Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) bagi penggal 2019/2022 selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Seniman Ke-18, semalam.

Zed Zaidi ketika dihubungi berkata ia adalah satu penghargaan buat dirinya.

Beliau akan terus komited dalam meningkatkan usaha untuk memastikan nasib anak seniman terus terbela.

“Visi dan misi Seniman penggal 2019-2022, kami akan membela, memperjuang hak artis, menjaga kebajikan dan meningkatkan imej artis ke peringkat yg lebih membanggakan”

“Saya selaku Presiden buat Persatuan, pada pemenang dan Exco baharu di lantik, sama-sama kita jalankan tanggungjawab, jujur amanah dan berkhidmat untuk ahli seikhlas mungkin tanpa memikirkan ganjaran”, katanya ketika dihubungi The Malaya Post.

Katanya, pada mesyuarat itu, pelakon Zuraini Kassim juga menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.

Tambahnya mesyuarat pertama barisan kepimpinan SENIMAN itu akan diadakan dalam masa terdekat untuk melantik tiga lagi exco tambahan.

Berikut senarai pemenang dan AJK dlm pemilihan SENIMAN 2019-2020 dan tidak termasuk 3 exco tambahan.

Presiden – Zed Zaidi
Timbalan presiden – Zuraini Kasim
Setiausaha Agung – Hafiz Nafiah (dilantik Presiden)
Pen Setiausaha Agung – Rena Tan
Bendahari – Zarina Mohd (dilantik Presiden)

7 Ahli Jawatankuasa SENIMAN
Keena Mentor
Sivakumar
Izmad Harun
Alif Razali AF
Salman Al Farisi
Ayati Tasrip
Norazifah

Pemeriksa Kira-kira
Samsuri Shahrom
Sharifah Muhamad

Leave a Reply