Zarina Anjoulie ‘buka mulut’ sekali lagi

0

Agak lama menyepi dari sebarang komen pedas atau sindiran, Zarina Anjoulie sekali lagi ‘buka mulut’ berhubung isu seorang instafamous yang cuba bersikap kurang adab terhadap seorang tauke kedai makan.

Dalam satu perkongsian video berdurasi tujuh minit di laman Instagram miliknya, Zarina Anjoulie melabelkan golongan ini sering merasakan diri terlalu popular dan cuba ‘tunjuk bagus’.

Kata Zarina lagi, untuk menjadi popular tidak perlu melakukan perbuatan seperti itu kerana banyak lagi artis atau instafemes yang lain melakukan perkara yang lebih baik dan terpuji untuk menjadi popular dan terkenal.

“TIDAK PERLU SAMPAI MEMAKI ATAU MENGHINA UNTUK FAME”

Zarina atau lebih mesra disapa Anjou berharap, agar mereka yang sudah dikenali ramai berhenti berkelakuan seperti itu.

Dia berpendapat, tindakan menularkan sesuatu perkara tanpa sebab yang kukuh, ianya langsung tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Menerusi perkongsian video itu juga, Anjou dilihat menyatakan pandangannya secara umum terutama kepada ‘founder’ produk dan instafamous yang suka mencari publisiti.

Malah Anjou juga ada menyebut beberapa isu tular melibatkan pengasas produk, Youtuber dan Instafamous.

Betul juga apa yang diutarakan oleh Zarina Anjoulie itu. Yang positif jadikan tauladan, yang negatif kita jadikan sempadan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply