Zarina Anjoulie bercerai selepas enam bulan bergelar isteri

0

Pelakon Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul mengumumkan perkahwinannya dengan Eilyas Azhar sudah berakhir selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Berkongsi perkhabaran terbabit menerusi laman Instagram miliknya hari ini, Zarina atau lebih selesa dipanggil Anju ini menjelaskan sebab utama perpisahan adalah kerana mereka sudah tiada persefahaman lagi.

“Tiada apa-apa yang teruk pun, cuma kami tidak lagi sehaluan,” katanya yang turut tidak memaklumkan tarikh sebenar perceraian mereka.

Menurutnya, apa yang terjadi adalah persetujuan bersama.

Malah, pelakon berusia 34 tahun ini juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas.

“Alhamdulillah, yay aku dah cerai. Best day of my life. Alhamdullilah terima kasih Yas,” memetik tulisan Anju.

Dia juga berkata keputusan ini adalah yang terbaik dan kini mahu fokus kepada kerjaya, anak lelaki dan keluarga.

“Saya mahu gunakan waktu ini untuk lebih rapat dengan keluarga. Sebelum ini, bertahun-tahun saya tinggal seorang dan tidak menghabiskan masa bersama mereka,” katanya.

Untuk rekod, Zarina dan pasangan berkahwin pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum itu, Anju pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka dari Brunei pada 2015, namun berpisah pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.

Sementara itu, para pengikut menurunkan komentar agar Anju tabah menghadapi dugaan.

Tidak kurang yang turut bersedih dan berharap agar ada ruang untuk mereka kembali bersama.

 

Zarina juga dilihat meninggalkan ucapan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghantar mesej, DM (direct message) dan menghubunginya. Dia mengakui cukup terharu atas keprihatinan mereka.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply