Memilih North Perth, Western Australia sebagai lokasi foto ‘pre wedding’, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim bakal berkahwin Khamis ini.
Menerusi laman Instagram kedua-dua pasangan ini, dilihat memuat naik beberapa foto dengan hashtag ‘save the date’ berserta tarikh penting iaitu 20 Februari 2020.
Tidak syak lagi pasangan selebriti ini bakal menamatkan zaman bujang mereka dalam waktu yang terdekat.
Memilih bulan Februari sebagai hari bersejarah, bulan itu cukup istimewa kerana ia merupakan bulan hari kelahiran pelakon kacukan British, Zahirah.
Pasti sahaja para peminat serta ahli keluarga begitu teruja dan tidak sabar untuk melihat kedua mempelai ini bersanding, sama cantik sama padan.
Untuk rekod, Zahirah dan Aiman mula menjalinkan hubungan ketika sama-sama membintangi drama Curi-Curi Cinta pada Disember 2018 dan mengikat tali pertunangan pada 8 Jun 2019 di Perth, Australia.
–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.