Monday, May 10, 2021
Home BERITA Zahid singkir Shahidan, ganti Azlan Man

Zahid singkir Shahidan, ganti Azlan Man

0

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pelucutan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis hanya ketahui menerusi laporan media pada Sabtu lalu.

Pun begitu, beliau akur dan menghormati keputusan itu kerana hak memilih atau melantik Pengerusi Badan Perhubungan Negeri adalah di tangan Presiden Parti UMNO.

“Saya berterima kasih kepada Presiden UMNO bagi kepercayaan kepada saya selama ni, kita dah pimpin politik, kita letak matlamat capai 100 peratus (kemenangan).

“Bagaimanapun presiden telah buat keputusan dan keputusan kita patuhi, saya belum dapat apa-apa penyataan rasmi hanya melalui media. Saya balik KL ingat esok ada mesyuarat Pengerusi Badan Perhubungan dan MT kalau ikut maklumat media nampaknya tak boleh hadir mesyuaratlah.” katanya pada sidang media khas di sebuah hotel di ibu negara, malam ini.
Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis yang disandang Datuk Seri Shahidan digantikan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.
Pertukaran itu berkuatkuasa serta merta.
Dalam pada itu, Datuk Seri Shahidan berkata sungguhpun beliau tidak lagi mendapat kepercayaan Presiden Parti untuk memimpin UMNO Perlis namun Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin sewajarnya diberi peluang mengetuai UMNO di negeri itu.
Jelasnya, ia bersandarkan prestasi Ahli Parlimen Padang Besar itu dalam memenangi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
“Dari segi perkiraan politik, sewajarnya Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, (Ahli Parlimen) Padang Besar diberi peluang, kalau saya tidak dapat kepercayaan (sandang jawatan),” katanya.
“Kerana beliau (Zahidi) menang lima kerusi (DUN) di Padang besar, apa pun pendirian beliau (Ahmad Zahid), Zahidi layak diberi pertimbangan.
“Bagaimanapun presiden telah buat keputusan dan keputusan kita patuhi,” katanya lagi. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply