Zahid Md Arip angkat sumpah Ahli Dewan Negara

0
Senator Tuan Zahid Md Arip mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara hari ini. Foto: FB Senator Datuk Razali Idris

Ketua Bahagian BERSATU Setiawangsa dan juga bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ke-7 Muhammad Zahid Md Arip antara lima individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara hari ini.

Kesemua mereka merupakan lantikan baharu yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri SA Vigneswaran.

Turun mengangkat sumpah hari ini ialah Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim dan bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang juga ahli Bersatu.

Foto: Senator Datuk Razali Idris

Dua lagi ialah Naib Presiden PAS Idris Ahmad; Ketua Dewan Penyokong PAS N Balasubramaniam; dan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhammad Zahid Md Arip.

Dewan Negara mempunyai 70 senator dengan 26 dilantik oleh 13 negeri manakala 44 lagi dilantik Yang di-Pertuan Agong termasuk dua bagi Wilayah Perkutuan Kuala Lumpur dan satu untuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Tempoh jawatan adalah tiga tahun atau sepenggaldan seseorang senator hanya boleh dilantik semula sekali sahaja untuk dua penggal berturut.

Leave a Reply