Zahid Hamidi mengaku audio perbualan telefon bersama Anwar suaranya

0

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengaku suara di dalam rakaman telefon yang tular bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah suaranya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, sumber daripada seorang Majlis Tertinggi UMNO berkata, presiden parti itu membuat pengakuan semasa pertemuan bersama ahli-ahli Parlimen UMNO di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia di ibu negara, Isnin lalu.

“Selain keputusan mesyuarat yang menolak cadangan menarik semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau (Ahmad Zahid) mengaku itu suaranya dalam perbualan bersama Anwar yang viral tidak lama dahulu. Beliau kata Anwar yang hubunginya.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid juga mengaku telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri,” dakwanya.

Semalam, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid hadir ke mesyuarat yang diadakan secara tertutup oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Wisma Perwira bagi membincangkan isu keluar daripada kerajaan PN.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply