Zahid Hamidi bikin kluk klek?

0

Sebahagian besar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya dari UMNO tidak bersetuju dengan cadangan untuk menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) buat masa ini.

Asas kepada pertimbangan itu adalah isu pandemik COVID-19 yang perlu diutamakan berbanding isu politik.

Terdahulu media melaporkan wujud usaha daripada pemimpin tertinggi UMNO sejak minggu lalu untuk mengumpul sokongan daripada Ahli Parlimennya bagi menarik sokongan kepada PN, sebelum dibawa pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk diputuskan.

Difahamkan sebahagian kecil Ahli Parlimen UMNO sudah dipanggil, majoritinya bukan mereka yang berada dalam kerajaan ketika ini, sama ada menteri atau timbalan menteri.

“Sebahagian besar memang tidak bersetuju. Mesej (tidak menyokong) ini pun sudah dinyatakan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebelum ini. Mereka (yang tidak bersetuju) ini memberi pertimbangan untuk semua pihak tumpukan sementara kepada urusan COVID-19 dulu berbanding isu politik.

“Perakuan-perakuan ni akan digunakan untuk meminta MKT bersetuju memutuskan agar menteri-menteri, timbalan menteri dan Pengerusi GLC meletak jawatan dan menarik sokongan daripada PN”, kata sumber.

Memetik laporan Utusan Malaysia, lebih 10 ahli parlimen yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dipanggil menemui Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan di pejabat UMNO.

“Presiden dengan timbalan bercadang mengemukakan satu usul kepada Ahli Majlis Tertinggi supaya UMNO tarik sokongan daripada kerajaan dalam masa terdekat.

“Alasan mereka, sudah sampai masa UMNO perlu keluar walaupun ramai berpendapat sekarang bukan masa yang sesuai”, menurut laporan Utusan Malaysia.

Persoalan kini kata sumber adalah mengapa harus diberi kata dua kepada individu yang dipanggil?

Yang dimaksudkan kata dua merujuk kepada kenyataan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dalam sesi temubual bersama Utusan Malaysia di mana pemimpin ka­nan UMNO yang mempunyai pendirian bertentangan dengan parti itu diingatkan bahawa watikah pencalonan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) masih terletak di bawah Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid.

Bagi Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, dalam ketiadaan PAU, MKT adalah badan tertinggi dan ia boleh membuat apa-apa keputusan, selagi tidak bercanggah atau mengubah keputusan Perhimpunan Agung UMNO, PAU.

Pun begitu katanya jangan dilanggari usul bertulis yang diluluskan PAU, tanpa pindaan.

Jelasnya jika dibuat juga, situasi itu akan menimbulkan kontroversi yg mengundang Jabatan Pendaftaran Petubuhan Malaysia, ROS campur tangan dan situasi itu membahayakan parti.

“Dari sudut peraturan, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) adalah pembuat dasar tertinggi. Keputusan dan usul bertulis yang diluluskan PAU tidak boleh diubah oleh badan lebih rendah seperti MKT.

“Dlm ketiadaan PAU, MKT adalah badan tertinggi dan ia boleh membuat apa- apa keputusan, selagi tidak bercanggah atau mengubah keputusan Perhimpunan Agung (PAU). Jangan dilanggari usul bertulis yang diluluskan tanpa pindaan tempohari.

“Jika dibuat juga, ia akan menimbulkan kontroversi yang mengundang ROS campur tangan atau ada pihak yang bawa ke mahkamah utk mendapat “ruling”. Itu merbahaya bagi parti, kerana keputusan mungkin tidak memihak kepada kita. Fikir fikirkanlah”, katanya kepada The Malaya Post.

Yang pasti jika diamati perkembangan berikut, nampaknya BERSATU dan PAS harus mengambil jalan tengah berunding sahajalah dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid secara peribadi. Ini kerana tindakan beliau yang sekejap mahu sekejap lagi tak mahu bersama atau orang Terengganu kata “Kluk Klek” meninggalkan satu persoalan, mungkinkah beliau dan ada segelintir pemimpin lain yang sama merajuk hati?

Tidakkah lebih molek berdamai lebih manis? –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply