Yusoff Rawther beri keterangan bertulis lanjutan daripada laporan polis berhubung alegasi jenayah seksual terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim

0

Bekas pegawai penyelidik di pejabat Presiden PKR, Muhammed Yusoff Rawther siang tadi hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan bertulis lanjutan daripada laporan polis yang dibuat Yusoff Rawther di Balai Polis Sentul pada 7 Disember lalu berhubung alegasi jenayah seksual terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Yusoff ditemani peguamnya Tuan Haniff Khatri.

Menurut Tuan Haniff, secara peribadi, Yusoff disoal oleh seorang pegawai polis untuk rakaman keterangan bertulis tersebut yang berlanjutan untuk tempoh hampir 7 jam, dari jam 2 petang hingga hampir 9 malam.

Yusoff Rawther telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis, dan akan terus memberi kerjasama penuh dari masa ke semasa apabila dan bila mana diperlukan oleh pihak polis kelak.

“Pada hari ini, Isnin, 09.12.2019, mulai dari jam 1 petang sehingga jam hampir 9 malam, saya telah menemani anakguam saya, Yusoff Rawther untuk hadir di Bukit Aman di atas permintaan pihak polis untuk beliau memberi keterangan bertulis, lanjutan daripada Laporan Polis yang Yusoff telah laporkan di Balai Polis Sentul pada 07.12.2019 berhubung alegasi jenayah seksual terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Yusoff Rawther telah secara peribadi disoal oleh seorang Pegawai Polis untuk rakaman keterangan bertulis tersebut yang berlanjutan untuk tempoh hampir 7 jam, dari jam 2 petang hingga hampir 9 malam, dan sememangnya Yusoff Rawther telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis, dan akan terus memberi kerjasama penuh dari masa ke semasa apabila dan bilamana diperlukan oleh pihak POLIS kelak”, katanya kepada The Malaya Post.

Tambahnya perkara ini kini adalah di dalam bidangkuasa pihak polis untuk lengkapkan sisatan dan kemudiannya dipanjangkan kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara kelak.

Ia bagi tujuan pengambilan mana-mana tindakan lanjutan yang perlu.

“Semestinya Yusoff Rawther perlu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada sistem Kedaulatan Undang-Undang (Rule of Law) untuk perolehi keadilan di dalam perkara ini,” katanya.

Leave a Reply