“Yang kau upload semua benda pasal apa?” – Hattan selar selebriti, instafamous rentas negeri

0

Sejak kebelakangan ini, di media sosial kecoh dengan isu perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan selebriti dan instafamous yang merentas negeri.

Susulan itu, tersebar pula keratan notis daripada sebuah balai menuntut sesiapa yang ingin merentas diri mengemukakan bukti kukuh termasuk jadual aktiviti harian.

Terbaru, penyanyi lagenda, Dato’ Hattan menerusi hantaran terbaru di Instagram menyelar sikap tidak bertanggungjawab selebriti dan instafamous yang menyalahgunakan kebenaran yang diberi pihak berkuasa.

Pelantun lagu ‘Biso Bonar’ ini melahirkan rasa terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab selebriti berkenaan sehingga menyebabkan pihak PDRM terpaksa mengeluarkan garis panduan baharu untuk merentas negeri.

“Bila dah dapat kebenaran rentas negeri, mano kau nak mentubong, mana kau nak melingkup, kau punya pasal! Tapi, dah kenapa semuanya nak di ‘upload’ di media sosial?

“Konon selebriti la sangat, artis la sangat. Ghomar menjobokan diri, semua nak tunjuk. Suka menunjuk-menunjuk. Janganlah perasan sangat. Orang lain pun popular jugak. Kan dah mendapat!

“Tak lama lagi nak puasa, nak Raya. Semua orang nak balik kampung. Jangan sebab benda-benda bangang ni, terus tak boleh rentas negeri.

“Tolonglah berfikir secara
waras!,” nasihat Dato Hattan panjang lebar.

Pandangan beliau menerima ribuan tanda suka pengikut dengan komen positif yang bersetuju dengannya.

Maklumlah, pandemik masih tinggi rekod hariannya dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk meminimakan aktiviti luar. Tidak kira siapapun kita, berilah kerjasama agar sama-sama mampu merencat seterusnya memutuskan penularan Pandemik Covid-19. –THE MALAYA POST

Leave a Reply