Yang di-Pertuan Agong perkenan adakan sidang video bersama Menteri Hal Ehwal Agama

0

Menteri Hal Ehwal Agama, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menzahirkan rasa terharu setelah menerima perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menerima menghadap beliau melalui satu sidang video. ⁣

Memetik perkongsian dari laman Facebook rasminya, beliau turut menyatakan kecaknaan Yang di-Pertuan Agong terhadap isu-isu agama peringkat Persekutuan berhubung kesejahteraan umat Islam dan persediaan Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terzahir dalam perbincangan selama 30 minit itu.

Di samping membincangkan mengenai isu persediaan Ramadan dan kesejahteraan rakyat, Al-Sultan Abdullah juga sempat bertanyak khabar dan mendoakan semoga urus tadbir agama di peringkat Persekutuan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.

Daulat Tuanku🙏🏻

Junjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah…

Dikirim oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri pada Kamis, 23 April 2020

Dalam masa yang sama, Dato’ Seri Dr Zulkifli turut berkongsi rasa gembira beliau kerana berpeluang bersidang video dan berbincang dengan Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA).

Menurut beliau, banyak isu-isu berkaitan hak asasi manusia sempat diutarakan bersama wakil dari organisasi berkenaan.

Saya amat gembira dapat berbincang dengan Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA)….

Dikirim oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri pada Kamis, 23 April 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply