Yang di-Pertuan Agong mencemar duli lawat polis bertugas

0

Perintah Kawalan Pergerakan telah berkuatkuasa sejak 18hb sehingga 31hb Mac bertujuan membendung penularan wabak COVID-19.

Bagi memastikan rakyat mematuhi arahan, pihak polis telah bertindak menjalani sekatan jalan raya (roadblock) bertujuan memantau sepanjang tempoh kawalan pergerakan berjalan lancar seterusnya misi kerajaan tercapai.

Di sebalik dugaan yang menimpa negara, pihak berkuasa, doktor, pakar perubatan, jururawat yang menjaga barisan paling hadapan (frontliner) bertungkus lumus bertugas menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat.

20 Mac 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong meninjau beberapa lokasi tugasan Polis Diraja Malaysia…

Dikirim oleh Istana Negara pada Kamis, 19 Maret 2020

Apa yang menyentuh hati ialah ketika menjalankan tugasan, kehadiran Yang di-Pertuan Agong mencemar duli turun padang meninjau beberapa lokasi tugasan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melakukan sekatan jalan Raya (roadblock) di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Baginda menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pasukan yang bertugas.

Pihak berkuasa yang bertugas turut terharu dan menghargai baginda Al Sultan Abdullah yang sudi mencemar duli melawat perbatasan utama bertugas bagi memastikan misi perintah kawalan pergerakan tercapai.

Daulat Tuanku!

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply