Wujudkan akademi politik latih wakil rakyat, pemimpin berpengalaman jadi tenaga pengajar- Rais Yatim

0
Gambar hiasan

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini mencadangkan supaya akademi politik diwujudkan.

Ia bagi memberikan latihan rasmi kepada wakil rakyat berkenaan.

Tokoh veteran politik itu berkata, sudah menjadi satu keperluan yang perlu difikirkan pucuk pimpinan bagi menubuhkan akademi itu yang antaranya memberikan pengisian dari sudut perundangan, adat pelbagai kaum di negara ini dan sosialisme.

“Semua pihak yang beroperasi dalam perkhidmatan awam ada menerima latihan rasmi tetapi sejak negara merdeka lagi, tiada latihan untuk ahli politik.

“Mereka (wakil rakyat) yang menang terus masuk Parlimen, tiada latihan mengenai apa yang perlu atau tidak boleh diperkatakan dalam Parlimen…adalah penting untuk ahli politik menjalani latihan,” katanya.

Beliau juga menyarankan supaya pemimpin dan pakar yang berpengalaman serta berwibawa dalam bidang politik menjadi tenaga pengajar dalam akademi itu.

Tan Sri Dr Rais yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan, berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-53/54 Badan Kebajikan dan

Kemajuan Anak Melayu di Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia siang tadi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com

Leave a Reply