Wonho bebas sabitan penyalahgunaan dadah

0

Siasatan polis salah guna dadah terhadap Lee Ho-seok atau lebih mesra dikenali Wonho telah tamat dan polis mendapati idol berkenaan tidak bersalah.

Setelah meneliti segala siasatan, Polis Daerah Pusat Seoul membebaskan tuduhan penyalahgunaan dadah jenis marijuana atau ganja yang melibatkan bekas anggota MONSTA X pada Oktober tahun lalu.

Dalam tempoh lima bulan, hasil siasatan pihak polis tidak menemui sebarang bukti yang boleh disabitkan kesalahan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply