Wisma Putra dan Kementerian Luar Singapura bekerjasama rapat tangani COVID-19

0

Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata Wisma Putra akan terus bekerjasama rapat dengan Kementeria Luar Singapura bagi menangani wabak COVID-19 di Johor serta republik berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut berkomunikasi dengan Menteri Besar Johor yang memaklumkan perkembangan terkini berhubung usahasama antara Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Singapura bagi menangani secara lebih serius penularan wabak COVID-19 di Johor dan Singapura.

“Usahasama ini amat penting memandangkan ramai rakyat Malaysia dan Singapura berulang alik antara Johor-Singapura terutama atas urusan kerja.

“Keseriusan Singapura dan Johor untuk melaksanakan kerjasama erat ini juga ada kaitan rapat dengan perbualan telefon saya dengan Menteri Luar Singapura, H.E Vivian Balakrishnan dua hari lepas.

“Saya diberitahu, Datuk Hasni telah arahkan Exco Kesihatan Negeri Johor, YB R Vidyanathan bekerjasama rapat dengan Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Adham Baba bagi meneliti apa jua langkah bersesuaian demi memastikan rakyat Malaysia khususnya dibantu sebaiknya sepanjang krisis ini,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Sedar akan keseriusan wabak COVID-19 yang kini diisytihar pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Wisma Putra komited akan terus membantu Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Singapura dengan sedaya upaya demi kepentingan rakyat kedua-dua negara.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply