Wisma Putra akan terus pantau keperluan dan kepentingan pelajar Malaysia di luar negara

0

Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein menyambut baik kehadiran Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan serta Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang di Wisma Putra semalam.

Memetik perkongsian dari laman Facebook rasmi beliau, kehadiran Menteri Besar bersama exco kerajaan negeri bertujuan memperkukuhkan kerjasama di antara Kerajaan Negeri Pahang dan Wisma Putra terutamanya kebajikan serta keselamatan pelajar tajaan Kerajaan Negeri Pahang di luar negara terutama 628 pelajarnya di Mesir semasa krisis #COVID19.

Bersama Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam,…

Posted by Hishammuddin Hussein on Tuesday, 16 June 2020

“Saya sedia maklum, Kerajaan Negeri Pahang sentiasa hubungi Perwakilan Malaysia di Mesir bagi mendapatkan perkembangan terkini.

“Biarpun keadaan di Mesir terkawal, saya minta Kerajaan Negeri Pahang kekalkan pendekatan ini.

” Di samping itu, saya juga minta Kerajaan Negeri Pahang sentiasa ingatkan pelajar mereka agar bertenang, utamakan keselamatan serta patuh arahan Kerajaan Mesir. Jika terdapat sebarang keperluan, hubungi terus Perwakilan Malaysia,”ujar beliau.

Tambah beliau lagi, buat masa ini sepertimana dimaklumkan Menteri Kanan Keselamatan sebelum ini, kerajaan menyarankan agar pelajar di luar negara kekal di negara didiami.

Walaubagaimanapun, segala keperluan dan kepentingan para pelajar Malaysia termasuklah dari Pahang akan tetap diberikan perhatian sewajarnya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply