Will Smith sumbang suara untuk watak utama filem animasi Spies In Disguise, akan berada di pawagam dalam waktu terdekat

0

Karya animasi terbitan Walt Disney, Spies In Disguise bakal ditayangkan di pawagam dalam tempoh terdekat. Karya ini juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan filem animasi yang ditayangkan sebelum ini.

Karya ini dibintangi dan menggunakan suara bintang Hollywood, Will Smith untuk watak utama iaitu Lance Sterling.

Filem animasi ini mengisahkan Lance(Will Smith) yang bertugas sebagai penyiasat dimana dia terpaksa berdepan dengan situasi di mana dia berubah menjadi seekor burung merpati.

Dia terpaksa akur dengan kejadian yang menimpanya lalu mengharapkan bantuan Walter, seorang saintis muda yang menciota alat teknologi meskipun egonya (Lance) tinggi melangit.

Dari situ, bermulalah pengembaraan Lance bersama Walter untuk menentang kejahatan dan menyelamatkan dunia.

Karya ini bukan sahaja sesuai untuk tontonan kanak-kanak, malah boleh dijadikan bahan tontonan untuk penonton dewasa kerana jalan cerita dan kisahnya menarik dan segar untuk ditonton.

Ketika menonton filem ini, penonton bagaikan terpaku dan terlupa bahawa karya tersebut hanyalah sebuah filem animasi dengan kemampuan Will Smith menghidupkan watak utama tersebut.

Dengan garapan yang baik dari pengarah Nick Bruno dan Troy Quane, penonton tidak perlu berfikir banyak kerana jalan cerita karya ini tidak meleret leret.

Spies In Disguise adalah karya yang sarat dengan mesej positif mengenai nilai kekeluargaan,pelbagai aksi serta sedikit drama dan bagaimana untuk bekerjasama sebagai satu pasukan.

Leave a Reply