WHO gesa masyarakat tidak alpa, sentiasa amalkan langkah pencegahan

0

Kelonggaran dan pembukaan semula premis-premis perniagaan dan beberapa sekolah, pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru rakyat Malaysia agar tidak terlalu alpa dan sentiasa berwaspada.

Ini kerana wabak pandemik COVID19 belum berakhir malah ianya boleh menjadi semakin melarat jika tersilap langkah.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom berkata, lebih ramai akan dijangkiti virus terbabit jika sesebuah negara tiada polisi yang betul untuk menguji, mengesan, mengasing dan kuarantin.

Amaran WHO: KKM seru rakyat Malaysia tidak alpa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pandemik #COVID19…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 30 June 2020

“Kita mahu pandemik ini berakhir. Kita mahu kembali kepada kehidupan asal. Realiti yang sukar diterima ialah wabak ini tidak menunjukkan ia hampir untuk berakhir,” katanya dalam taklimat WHO secara maya.

Menurut beliau, setakat ini sudah lebih setengah juta individu yang meninggal dunia di seluruh dunia.

Separuh daripada kematian adalah warga Amerika Syarikat dan Eropah manakala di Amerika Selatan menunjukkan peningkatan semakin membimbangkan terutama di Brazil, Peru dan Chile.

Wabak COVID-19 juga terus memuncak di Asia Selatan terutama India, Bangladesh dan Pakistan serta benua Afrika terutama di Afrika Selatan.

“Walaupun beberapa negara menunjukkan perkembangan positif, tetapi diperingkat global jangkitan semakin meningkat secara mendadak,” kata Dr Tedros.

Oleh itu, orang ramai juga perlu lebih berwaspada serta mematuhi SOP dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan setiap masa kerana kerjasama semua pihak amat penting untuk sama-sama memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply