WhatsApp perkenal fungsi ‘Self Destruct’ pada tahun ini

0

Aplikasi WhatsApp merupakan aplikasi komunikasi yang amat terkenal di kalangan masyarakat di seluruh dunia.

Satu perkongsian gembira kepada semua pengguna aplikasi ini apabila WhatsApp memperkenalkan fungsi ‘self destruct’ dimana pengguna boleh memadam teks mesej yang telah dihantar dalam satu tempoh masa yang ditetapkan.

Fungsi baharu iaitu ‘self-destruct’ yang masih berada dalam fasa ujian itu membolehkan mesej itu terpadam dengan sendiri.

Ia bergantung kepada pengguna sama ada menetapkan satu tempoh iaitu satu jam, satu hari, satu minggu dan beberapa pilihan lain.

WhatsApp yang kini berada di bawah satu naungan  bersama Facebook dikatakan sedang melakukan ujian untuk fungsi berkenaan dan akan dilancarkan bagi versi penuh selepas fasa berkenaan tamat.

Bagaimanapun, fungsi ini telah pun dilancarkan secara serentak dengan versi beta 2.19.348.

Pengguna yang telah mendaftarkan diri mereka untuk program beta Google Play boleh memuat turun versi terbaru aplikasi terbabit!

Leave a Reply