WhatsApp, Facebook dan Instagram alami masalah teknikal

0

Perkhidmatan media sosial mencakupi WhatsApp, Facebook dan Instagram dilaporkan sedang menghadapi masalah dan pengguna tidak berupaya untuk menerima suapan baharu.

Mnurut laporan laman sesawang pengesanan gangguan Downdetector.com menunjukkan lebih 126,490 pengguna berdepan masalah itu di Facebook sejak kira-kira jam 12 malam, dengan lebih 9,600 mengalami masalah akses ke Facebook Messenger

Laporan itu juga menyatakan bahawa lebih 40,000 pengguna ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan sudah mengemukakan aduan berhubung gangguan terbabit.

Berdasarkan perangkaan awal, sebanyak 43 peratus pengguna menghadapi masalah berkenaan dan 27 peratus pengguna tidak dapat menghantar mesej menerusi aplikasi berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini oleh penyedia perkhidmatan sosial media berkenaan.

Lapor BBC news wujud juga laporan menyatakan bahawa ia mungkin berpunca daripada pelayan utama aplikasi berkenaan menghadapi gangguan perkhidmatan.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply