‘Wedding drive-thru’ patuh SOP pertama dalam negara!

0

#newNormal merupakan amalan aktiviti harian yang mampu mencegah penularan wabak penyakit disamping mempraktik amalan kebersihan diri.

Penjarakan sosial adalah kaedah terbaik bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak penyakit seperti COVID-19.

Walaupun pihak berwajib telah memberi kebenaran mengadakan majlis keraian seperti majlis perkahwinan dengan patuh SOP, sesetengah daripada kita mengambil pendekatan lebih sihat dan praktikal sesuai dengan keadaan semasa.

Inilah yang dilakukan oleh pasangan raja sehari Norazura Mohd Ali dan Aguzz Aguss yang merupakan pemilik perniagaan Burger Viral Aguzz Burger apabila memilih untuk mengadakan majlis perkahwina secara ‘drive-thru’ atau pandu lalu!

Menerusi perkongsian di platform media sosial Facebook @Kami bangsa Johor, pihaknya bersama pengantin telah meminta kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kluang sebelum menyusun strategi dan plan ‘wedding drive-thru’ ini.

Persandingan berlangsung sangat meriah apabila dihadiri ramai tetamu dari Rawang, Kuala Kumpur, Selangor, Johor dan beberapa negeri lagi.

Pasangan mempelai mencipta sejarah kerana ini merupakan majlis perkahwinan pertama yang berkonsep ‘drive thru’ di Malaysia.

Mementingkan Standard Operating Procedure (SOP) berpandukan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antara tatacara yang dilakukan adalah :

1. Kenderaan beratur menuju ke kanopi pelamin.

2. Pemeriksaan suhu oleh anggota RELA.

3. Catat nama beserta nombor telefon.

4. Tetamu memasukkan sumbangan ke dalam tabung ‘ Salam Keruk’ yang disediakan.

5. Jumpa pengantin yang sedang menunggu di pelamin dan memberi salam, ucap tahniah serta penyerahan hadiah tanpa perlu keluar dari kenderaan dan mahupun bersentuhan.

6. Setiap kenderaan hanya diberikan satu minit sahaja.

Dalam pada itu, pasangan pengantin bersyukur kerana majlis berjalan lancar dan menerima kunjungan tetamu yang ramai.

“Syukur Alhamdulillah serta ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis perkahwinan drive thru ini.

“Terutama kepada ahli keluarga kedua mempelai, Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, Dinas Bridal, As Puri Catering, DJ, pasukan RELA, dan individu – individu lain yang memainkan peranan dalam menjayakan majlis ini”.

Suatu pendekatan yang baik dalam usaha memelihara kesihatan tanpa mengenepikan tujuan memberitahu orang ramai niat baik membina masjid.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

DRIVE THRU WEDDING Setelah Saya dan pegantin Meminta kebenaran Dari pihak Polis diraja Malaysia Daerah kami di…

Posted by Kami bangsa johor on Monday, 29 June 2020

Leave a Reply