We Care, We Share! Sempena Hari Strok Sedunia, kami kongsi punca dan cara pencegahannya

0

Bersempena dengan Hari Strok Sedunia hari ini (29 Oktober), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman sosial Facebook berkongsi beberapa saranan buat panduan masyarakat.

Strok atau juga dikenali sebagai ‘angin ahmar’ adalah penyakit NCD dan ianya merupakan pembunuh ketiga rakyat Malaysia selepas jantung dan pneumonia.

Siapakah yang berisiko diserang penyakit ini? Sebenarnya ia boleh berlaku secara tiba-tiba kepada sesiapa saja yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Pun begitu, pesakit darah tinggi, diabetes, paras kolestrol tinggi dan perokok berisiko lebih tinggi diserang strok.

Apakah punca strok? Stres atau tekanan hidup berpanjangan menyebabkan tekanan darah meningkat selain dari gaya hidup tidak sihat adalah penyebab utama.

Adakah strok boleh dicegah? Ya, sudah tentu… Caranya amat mudah!

Amalkan gaya hidup sihat. Makan makanan berkhasiat dan seimbang, lakukan aktiviti fizikal dan elakkan stress. Hadapi hidup dengan tenang dan gembira.

#worldstrokeday2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply