Waspada dengan kemunculan buaya tembaga yang tersesat dari sungai berdekatan akibat banjir – Pengarah Jabatan Perhilitan

0

Jabatan Perhilitan Johor menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan kemungkinan terdapat buaya tembaga yang tersesat dari sungai berdekatan akibat banjir.

Pengarahnya Salman Saaban berkata ia tidak mustahil selepas mengambil kira laporan serta kajian kehadiran populasi buaya di sembilan sungai di Johor sebelum ini.

“Sekiranya terserempak dengan haiwan itu, tindakan yang harus dibuat ialah menjauhinya dan memaklumkannya kepada pihak jabatan.

“Jangan membuat provokasi atau panik kerana itu akan menyebabkan haiwan berkenaan bertindak ganas,” ujarnya.

Sungai-sungai berkenaan mencakupi Sungai Batu Pahat, Sungai Jemaluang dan Sungai Endau (Mersing), Sungai Lebam dan Sungai Sedili (Kota Tinggi), Sungai Muar, Sungai Pulai, Sungai Johor dan Sungai Skudai (Johor Bahru).

Kepada anda semua, sila pantau dan pastikan anak-anak tidak terlampau ghairah bermain atau elakkan mandi-manda di sungai-sungat terbabit.

Leave a Reply